? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

NABI SULAIMAN DGN KUBAH AJAIB

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang dinyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang. Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-intai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah SWT. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah beliau kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "apakah kamu menyelam sehingga dasar laut?" Jawab Jin Ifrit "tidak." Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan beliau melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelahmendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiapa penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad.

Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas. Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman. Melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seoran pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ.

Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?" pemuda itu merasa kehairanan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada didalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahwa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atar khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai beliau terlihat kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah itu, ada suara menyeru supaya pemuda itu meninjau di dalamnya tiba-tiba beliau bergerak dengan pantas ke dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan oleh Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurnian Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidankan pada bila-bila masa beliau memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut.

Semenjak hari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini?" Pemuda itu menjawab "saya tidak menghitungnya tetapi beliau mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi." Nabi Sulaiman menghitung. "ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun"

Nabi Sulainan berkata "rupamu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya." Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya. Jawab pemuda tadi "nikmat apa lagi yang haru aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadaku ini". Nabi Sulaiman pun bertanya "adakah kamu ingin pulang ke tempat asalmu?" Jawab pemuda itu "ya, silalah hantar aku ke tempat asalku." Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya. Setelah kuch tersebut diletakan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua orang tuanya." Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib itu..


MORAL: JANGANLAH KAMU DERHAKA KEPADA ORANG TUAMU SELAGI TIDAK BERCANGAH DENGAN AGAMA..

REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN

Ketiga-tiga bulan ini mempunyai kelebihan dan kemuliaannya yang amat besar dan tersendiri di sisi Allah SWT. Di antara tujuannya ialah supaya manusia dapat mengambil kesempatan dan pengiktibaran yang terdapat padanya. Ulama membuat suatu perbandingan di antara ketiga-tiganya, iaitu ;

¤ REJAB bulan menabur benih
¤ SYAABAN bulan menyiram tanaman
¤ RAMADHAN bulan menuai

¤ REJAB menyucikan badannya
¤ SYAABAN menyucikan hatinya
¤ RAMADHAN menyucikan rohnya

¤ REJAB bulan keampunan
¤ SYAABAN bulan syafaat
¤ RAMADHAN bulan melakukan kebajikan

¤ REJAB bulan taubat
¤ SYAABAN bulan mahabbah
¤ RAMADHAN bulan limpahan pahala

¤ REJAB digandakan 70 pahala
¤ SYAABAN digandakan 700 pahala
¤ RAMADHAN digandakan 1000 pahala

KISWAH KAABAH DI MEKAH

Setiap tahu pada tarikh 9 Zulhijah, kawasan di sekeliling Kaabah lengang dan kosong. Tiada kaum Muslimin yang mengerjakan tawaf, sama ada tawaf sunat, umrah mahupun haji. Ini adalah kerana pada hari tersebut para jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan rukun haji iaitu berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf.
Pada ketika itulah kiswah atau kelambu Kaabah yang menutup Baitullah ditukar dengan yang baru. Kiswah yang lama akan diagih-agihkan. Bahagian yang bertulisan emas dan perak akan dibahagi-bahagikan kepada pembesar-pembesar negara yang datang ke Arab Saudi sebagai cenderamata. Sementara kain kosong yang berwarna hitam diberikan kepada muazin, iman dan keluarga mereka.
Sebanyak 16 potong ayat Al-Quran ditenun di bahagian pinggangnya (bahagian tengah keliling). Di antara ayat-ayat tersebut ialah suruh al-Ikhlas di bahagian penjurunya, surah al-Jumuah, surah al-Baqarah dan tulisan lain seperti Subhanallah, Walhamdulilah dan Allahuakbar. Sementara di pintu Kaabah pula, di bahagian langsir terdapat surah al-Falaq, an-Nas dan al-Ikhlas.
Kos perbelanjaan sehelai kiswah termasuk para petugasnya seramai 260 orang berjumlah 17 juta rial.

RAHSIA HARI DALAM HIDUP MANUSIA

[AHAD]
Hari ahad adalah hari yang baik untuk bercucuk tanam dan membuat bangunan ini kerana pada hari ahad Allah memulakan penciptaan dunia dan membangunkannya.

[ISNIN]
Hari isnin ialah hari yang baik untuk musafir dan berniaga ini kerana Allah SWT menciptakan matahari untuk menerangi alam pada hari isnin. Maka sesiapa yang berhajat untuk memulakan perjalanan (musafir) eloklah memulakannya pada Hari isnin. Pada hari isnin juga Nabi Syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan telah mendapat untung yang banyak.

[SELASA]
Hari selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu Siti Hawa mu didatangi haid dan hari mulanya berlaku pembunuhan anak Nabi Adam (Habil dan Qabil) membunuh saudaranya. Maka sesiapa yang berhajat untuk membuang darah (berbekam) melakukannya pada hari ini.

[RABU]
Hari rabu ialah hari kebinasaan yang berkekalan kerana hari itu Allah menenggelamkan Firaun bersama kaumnya, kaum Thamud dan kaum Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga dibinasakan oleh Allah SWT pada hari rabu. Maka sesiapa yang berhajat untuk meminum atau mengambil ubat melakukannya pada hari rabu.

[KHAMIS]
Sesungguhnya hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat kerana Nabi Ibrahim Khalilullah pergi ke istana raja Mesir, dan raja Mesir telah memperkenankan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah. Maka sesiapa yang berhajat untuk menanyakan seseorang eloklah dilakukan pada hari khamis.

[JUMAAT]
Hari jumat ialah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan ini kerana Allah SWT menciptakan Adam dan Hawa serta menikahkannya pada hari jumaat. Maka kepada sesiapa yang berhajat melangsungkan perkahwinan, eloklah dilakukan pada hari jumaat.
Peristiwa besar pada hari jumaat
>Nabi Adam diciptakan oleh Allah
>Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
>Nabi Adam dikeluarkan dari syurga
>Nabi Adam dikahwinkan dengan Hawa
>Nabi Muhammad SAW dan umatnya muliakan dengan hari jumaat
>Allah menjadikan syurga yang khas untuk umat Nabi Muhammad SAW
>Perkahwinan para rasul selain Nabi Adam a.s, seperti Nabi Yusuf dengan Zulaikha a.s, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah dan Aisyah r.a serta Saidina Ali k.w dengan Fatimah az-Zahra r.a.
>Puteri-puteri Rasulullah SAW dikahwinkan semuanya pada hari jumaat
>Para nabi dan rasul memperbanyakkan selawat dan salam pada hari jumaat
>Akan berlakunya hari kiamat pada hari jumaat

[SABTU]
Saidina Ali kw menyatakan dalam bait-bait syairnya bahawa hari sabtu ialah senikmat-nikmat hari, maka ianya baik untuk berburu jika engkau kehendaki.

CARA BERISTIQAMAH DAN MEMELIHARA IMAN

>Sentiasa mesra dengan Al-Quran, menghafal serta merenung maksudnya. Ia merupakan rujukan dan sumber utama bagi umat islam.
>Mesti beriltizam dengan segala syariat Allah dan sentiasa melakukan amal soleh dalam apa jua keadaan.
>Mempelajari dan menghayati kisah para Nabi dan Rasul kerana terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
>Mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa.
>Sentiasa mengingati Allah (zikir) walau di mana saja berada.
>Sentiasa berusaha melalui jalan yang benar dan diredhai Allah SWT. Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut serta malu kepada Allah untuk melanggar perintah-Nya.
>Bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam segenap bidah setakat termampu, sama ada agama, politik dan sebagainya.
>Meyakini setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh semangat dan optimis.
>Berdakwah menyampaikan perkara yang baik kepada orang lain dengan bijaksana dan kasih sayang.
>Mendekati orang-orang yang berilmu, para ulama serta orang yang boleh memberi tunjuk ajar. Jalinkan ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka.
>Yakinlah dengan pertolongan Allah serta yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak.
>Mengenali hakikat kejahatan, kemaksiatan dan kemugkaran supaya tidak mudah terpedaya dengannya.
>Mengamalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaikh diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya.
>Selalu meminta khidmat nasihat dari orang yang soleh dan berilmu.
>Sentiasa mengingati mati, azab neraka dan nikmat syurga yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

RAMUAN PENCUCI DOSA

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, Hasan al-Basri telah bercerita. Pada suatu hari beliau bersama seorang pemuda yang suka melakukan amal ibadah berjalan-jalan mengelilingi pekan melalui lorong-lorong kecil di Basrah. Tiba-tiba mereka berdua telah bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi. Di depannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap mereka meminta tabib itu menyebutkan ramuan dan penawar bagi setiap penyakit masing-masing.
Lalu Hasan al-Basri maju ke depan tabib tersebut dan bertanya "Tuan tabib, adakah tuan mempunyai ramuan ubat yang boleh mencuci dosa, serta dapat menyembutkan hati?"
Tabib tersebut menjawab "Ya, saya ada"
Lalu pemuda yang bersamanya segera berkata "berikanlah kepada saya"
Tabib itu pun berkata "ambillah 9 perkara dari saya sebagai ramuan iaitu ;

1) Kamu ambillah akar kayu FAKIR dan akar kayu TAWADDHUK.
2) Campurkan dengan pencuci kotoran perut yang bernama TAUBAT.
3) Masukkan ke dalam lesung REDHA dan giling sehingga halus dengan penggiling QANAAH (berpuas hati dan berpada)
4) Kemudian masukkan ke dalam periuk TAQWA dan tuangkanlah ke dalamnya air MALU.
5) Setelah mendidih, pindahkan ke dalam mangkuk SYUKUR.
6) Setelah mendidih, pindahkan ke dalam mangkuk SYUKUR.
7) Sejukkan dengan kipas angin RAJAK (harapan semata-mata kepada Allah)
8) Kemudian minumlah dengan sudu PUJIAN.
9) Jika engkau melakukan semuanya itu, ia akan memberi manfaat untuk dirimu bagi melindungimu dari segala penyakit serta bala di dunia dan di akhirat.

>salina<